Sejarah Daewoo Shipbuilding & Marine Engineering

Pada 21 Februari 2011, A. P. Moller-Maersk Group (Maersk) menempah 10 kapal kontena besar di DSME, masing-masing dengan kapasiti 18,000 kontena, melebihi kapal kontena terbesar pada masa itu, iaitu. Mærsk kelas E yang berkapasiti 15.200 kontena.[1] Kontrak ini bernilai $1,9 milyar.[2] Kapal pertama dijadulkan selesai pada tahun 2014. Pada Jun 2011, Maersk menempak sepuluh kapal peti kemas lagi, dengan nilai kontrak $1,9 milyar juga.[2] Kapal-kapal ini kini tergolong sebagai kelas Triple E.

Pada 20 Disember 2011, Daewoo Shipbuilding Marine Engineering memenangi kontrak pertahanan terbesar yang pernah dimenangi oleh syarikat Korea Selatan, yang bernilai $ 1.07 bilion untuk membuat tiga kapal selam untuk Indonesia.[3] Kontrak ini juga menandai ekspor kapal selam pertama dari Korea Selatan.[4]

Pada 22 Februari 2012, DSME menerima kontrak dari Kementerian Pertahanan Britain berilai £452 juta untuk membina empat unit kapal pengisian bahan bakar 'MARS' berlambung ganda seberat 37.000 tan untuk Royal Fleet Auxiliary. Keempat-empat kapal ini dijangka mulai beroperasi pada tahun 2016.[5]

DSME juga membuat 15 unit kapal pemecah ais LNG/kapal tangki untuk Yamal LNG untuk digunakan untuk mengeksport gas asli cecair dari Artik Rusia. Setiap kapal direka untuk dikendalikan selama setahun penuh dari Semenanjung Yamal dan boleh memecahkan ais hingga setebal 2.5 meter. Kapal tangki ini direka di Finland oleh Aker Arctic Technology Inc.[6][7]

Pada 15 Jun 2016, Dewan Audit dan Pemeriksaan Korea Selatan menemukan penipuan perakaunan beenilai 1,5 trilipn won (sekitar US$1,27 bilion) pada buku DSME.[8] Pada Julai 2016, diumumkan bahawa saham DSME dihentikan perdagangannya sekurang-kurang hingga 28 September 2017.[9] Setelah kehilangan 3.3 trilion won pada tahun 2015 dan 2.7 trilion won pada tahun 2016, kerajaan memberikan pinjaman kepada DSME sebanyak 2.9 trilion won (US $ 2.6 bilion) pada bulan Mac 2017 untuk mengelakkannya muflis.[10]

Pada tahun 2017, ia telah diumumkan bahawa Korea Utara mungkin telah menceroboh sistem dan mencuri reka bentuk kapal perang DSME pada bulan April 2016.[11]

Rujukan

WikiPedia: Daewoo Shipbuilding & Marine Engineering http://www.axsliner.com/WWW/research_files/EMMA_MA... http://www.sfgate.com/news/article/South-Korea-to-... http://www.ship-technology.com/projects/triple-e-c... http://www.thejakartapost.com/news/2011/12/22/ri-o... http://worldmaritimenews.com/archives/34579 http://akerarctic.fi/sites/default/files/magazine-... http://www.dsme.co.kr/ http://english.yonhapnews.co.kr/news/2016/06/15/02... https://www.bloomberg.com/news/articles/2016-09-28... https://www.bloomberg.com/news/articles/2018-07-09...